Friday, December 27, 2013

.:AL-FATIHAH:.

Bismillahi | Allahuakbar
Allahumma solli a'la Muhammad.


Bismillah.

.:AL-FATIHAH:.
Sebagai permulaan penulisan blog "Aku Mencari Nur", aku mulakan dengan tajuk 'AL-FATIHAH' yang bermaksud PEMBUKAAN. In Sha Allah, mudah-mudahan dengan izin-Nya, melalui blog "AMeiN" ini dapatlah aku menjadikannya sebagai medium dakwah untuk perkongsian ilmu.

Dikesempatan ini juga aku kongsikan terjemahan Al-Fatihah. In Sha Allah, sama-samalah kita memahami sekali gus menghayati terjemahan surah Al-Fatihah ini. In Sha Allah...Dengan izin-Nya.

.:TERJEMAHAN AL-FATIHAH:.
1) بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 
Maksud : "Denga nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

2) ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين 
Maksud : "Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

3) ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Maksud : "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

4) مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Maksud : "Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (hari Akhirat)"

5) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
Maksud : "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

6) ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Maksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

7) صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ 
Maksud : "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

In Sha Allah, mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca yang dirahmati Allah s.w.t.

DAN
Sabda Baginda Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW :
"sampaikanlah dariKu walaupun sepotong ayat"

-AMeiN-
aku mencari nur
dengan Keredhaan & KeberkatanNYA
In Sha Allah